
Pernikahan aku ni dibuat cara tertutup.Takdak kenduri kendara bagai sebab masih dalam pkp jadi hanya orang² terdekat saja macam mak aku, pak aku dan pak si M ja.Aku ada habaq kat kawan² dah sebelum ni tapi tak expect langsung nak menikah dalam bulan ni jugak but dah sampai seru, DIA dah tentukan.Murobbi aku pun ada tapi dia hanya singgah sat ja dan sempat bagi aku nasihat dan kata semangat dalam nak jalani hidup sebagai seorang suami.Aku tak tau nak cakap apa, nak buat apa.Dalam kepala hanya dok berasa malu, risau dan takut sebab dok pikiaq bab amanah yang berat aku nak hadap lepaih ni.Kuat ka aku? Mampu ka aku? Si M ni masih belum cukup hadam tentang aku lagi dan dia tak tau aku ni macamana.Masa tengah duduk kat meja jurunikah, aku hanya pandang muka mak.Terasa macam nak jerit, tapi mak tau apa yang aku dok pikiaq dari awai aku sampai tadi.Mak cuma hangguk dan senyum, ayaq muka mak seolah ada kesedihan bercampoq seronok tengok aku dah menikah tapi dalam hati dia sapa tau apa yang mak aku rasa.Dia tau anak dia, dia kenai sangat anak dia dan aku ni sapa.Mak lebih tau berapa lama aku tanggung benda yang aku dok bawak sampai hari ni! Aku harap si M tak menyesai kelak bila dia tau yang aku ni tak normal macam manusia lain.