Alhamdulillah, aku masih ada nyawa dengan izin DIA malah keberuntungan jugak untuk aku yang DIA masih lagi dok bagi muka kat aku sampai dapat berjumpa dengan ramadhan tahun ni.Apa cerita aku kali ni? Semua ok ja, cuma sibuk dengan keja lani tapi agak terkilan sebab dalam minggu ni dan minggu depan mungkin aku tak dapat cuti sebab ada staf lain dah apply lagi awai.Ini agak ketahian, patutnya aku ni bila mai bulan posa ja memang muka ni la yang akan sampai umah mak dulu.Sapa yang tak mau ada dengan family bila mai bulan posa? Tapi tu la, bila dah keja ni semua plan nanti jadi last minit.Tak tau la, tengok la macamana nanti.Kot mana pun aku akan usaha jugak balik umah mak aku, harap Allah bagi ruang dan mudahkan, Insya'Allah but anyway aku ni dok ada dalam dilema.Serba salah diantara dua makhluk ni, buat aku rasa macam aku ni memang super tak guna.Makhluk yang aku maksudkan ni, tak lain tak bukan awek! haa ni la nak habaq bagi, tak penah jangka pun yang akan ada manusia yang nak dekati aku secara serentak atau aku ka yang dok cari penyakit? Si Y yang aku kenai dari tempat keja aku dan si M yang aku kenai dari platform media sosial.Nak kata aku rapat dengan si Y ni memang ada, dah keja pun satu tempat kot manakala si M pun sama, memang hari² dok melayan text dengan dia.So ni aku nak buat apa? Teruskan jadi jantan tak guna dengan simpan depa dua ni atau berterus terang ja? Kalau nak jadi jantan jenis playboya yang dok rasa diri tu takkan mati haa simpan la 10 pun.Kalau rasa nak settle cara elok, better jelaskan ja tapi aku risau jugak.Tau saja la orang pompuan ni kalau dah salah paham lagumana, serupa singa nak beranak pun ada.Si M ni rajin mai tempat keja aku, dok antaq makan walau aku tak suruh pun.Kadang mai teman aku, lepak kat lobi dan sembang bagai.Si Y pun sama, beli makan dan kadang sampai tak balik umah punya nak teman aku sampai aku abeh syif.Bila depa buat macam ni, bukan saja aku jadi serba salah malah rasa bersalah! Then macamana aa? Aku nak buat apa lani? Nganga dan layan garu kepala? Then buat bodo? Aku tak mau benda ni nanti jadi konflik macam perang teluk tu, naya aku.Lagi depa buat baik dengan aku, lagi tu aku rasa bersalah.Aku tak sangka nak sangkut dengan dua manusia ni but kot mana pun aku kena habaq jugak la kat depa dua ni nanti tapi macamana? Aku kena hati² dengan hati manusia ni, jangan sampai depa terasa dengan aku.Jenuh nak menjawab! Aihh entah la d oi, tengok la..buat masa ni tak mau kata apa lagi, serabut bila pikiaq.