Penat Namun Bahagia

Hari ni punya buah, Siap dah.Selesai satu bab but masih ada lagi dua bijik laptop yang aku nak kena belek.Semalam sempat keluaq sat pi cari barang untuk komputer aku.Sampai umah aku bukan lena pun, Direct nganga dengan benda² ni semua.Jenuh punya dok perah otak, Study, Belek laptop ni rosak apa bana ka, Buka blog update apa yang patut, Tengok jam macam awai lagi.Terlena sat dan terjaga balik pastu direct sambung balik keja aku.Ni la aku, Selagi mana ada rezeki, Insya'Allah.Benda² macam ni memang tarik minat aku masa aku muda rumaja, Tapi dari kecik suka sangat dok melukih.Mai besaq, Aku jadi gila dengan komputer pulak pasai dok qalit dengan grafik, Kalau hati tu dah ada seni memang, Apa saja yang aku tengok melibatkan grafik aku stay.Dari grafik dia melaqat pulak kat fungsi² dan sistem dalam komputer, Tu yang aku mula belajaq pasai benda ni semua.Bila dah start belajaq pasai bab ni semua mula la tangan jadi gatai, Apa saja aku tengok macam menarik sikit, Aku nanti try out.Tak tau la macamana aku boleh melekat dengan benda² ni semua, Barangkali dari mak aku.Dulu mak aku keja satu kilang elektronik.Satu hari tu mak aku bawak balik pc desktop sebijik, Aku la yang paling teruja.Dari situ la mulanya aku gila dengan komputer ni.

Dari gila komputer aku lompat pulak dalam bidang smartphone.Masa tu nokia tengah dok hot, Dari tipon poliponik sampai ke mp3, Dari 3gp ke mp4.Apa yang aku tak qunaih? Banyak jugak tipon yang aku beli jahanam dek tangan aku yang gatai ni.Ada saja benda yang aku nak praktik.Aku ni suka buat benda² yang pelik sebab nak mencuba, Kalau benda tu dari elok then dia rosak dengan apa yang aku cuba buat, So aku tau dah la nanti nak handle macamana.Risiko mana pun ada, Kot mana ada cinta disitu ada pengorbanan haha, Jadi tipon aku pun dah banyak yang terkorban.Walaupun macam tu, Aku masih dok buat lagi dan tak pernah serik sebab nak khatam untuk handle error ka, Apa ka, Senang nanti dah tau dah apa benda yang boleh dan apa bana yang tak boleh.Itu la harganya yang aku bayaq demi pengalaman, Risiko yang adakalanya menjahanamkan.Apa pun aku bersyukur sebab ini satu anugerah Allah yang DIA bagi aku pinjam sat dan dari benda ni jugak DIA bagi aku rezeki.Aku tak pernah bosan dengan keja² ni, Nak kata penat? Ya memang penat tapi sekurangnya aku enjoi dengan apa yang aku buat!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama