
Bukan aku tak mau nak terima mana² kaum hawa lagi, Cuma aku nak masa sikit untuk diri aku, Dah la aku pun masih dok menganggoq.Keja pun susah nak dapat lani, Dah cuba merata tempat.Abeh kuat lepas interview tu " We Will Call You For The Second Interview" Hmm, Bab tu aku pun dah boleh expect dah yang aku tak dapat keja tu.Aku ni bukan belajaq tinggi mana.Sijil kelulusan pun abeh kuat darjah nam ja pun.Lain la kalau ada cable atau orang dalam yang boleh tolong bagi dapat keja.Lagipun aku ni baru ja dok baik dari sakit, Dekat setahun lebih jugak la aku lepak rumah mak aku asbab kesihatan aku yang boleh kata agak teruk.Orang tua mana yang tak risau bila tengok anak dia sakit? Itu yang mak aku bawak aku balik pi umah dia sebab senang dia nak tengok aku.Kalau jadi apa² pun depan mata dia takpa dah dia kata.Sakit apa..? Itu biaq la aku simpan cerita tu untuk diri sendiri.Benda dah lama aku tanggung derita tapi Allah masih sayang aku, Itu dah besaq rahmat.Alhamdulillah, Banyak pengajaran yang aku dapat selama aku dok sakit tu.Memang aku sangat² bersyukur dengan apa yang jadi, Aku pun tak mau nak pikiaq apa dah.So hari ni aku cuma nak habaq semalam punya cerita, Itu yang buat aku dok pikiaq panjang ni sebabnya ada yang dok menaruh hati pulak kat aku.Bukan nak perasan, Tapi tu kenyataan.Seyes la, Aku sendiri pun tak sangka.Benda ni pun dah lama, Dalam dua bulan sudah kot rasa aku sebab aku tak berapa nak ingat sangat, Rasanya hujung² bulan satu agaknya.Semalam tu ja benda jadi rumit sikit, Aku dan budak ni dok berhubung sebab asalnya dia mai antaq tipon dia yang tak boleh nak on.Dia suruh aku tengok sat apa yang tak kena.At first masa jumpa dia tu, Kat bawah flat.Dia mai antaq tipon kat aku dan sembang² la pasai apa masalah tipon tu.Lepas dua hari, Tipon dia siap dan boleh on dah, Sekali aku buat dengan complete firmware update bagai.Upah yang aku terima dia huloq RM100 padahal aku mintak hanya RM40.Pulak? Aku kata kat dia, Eh banyak ni, Saya mintak 40 ja kak.Dia pun dok gelak², Kata dia rasa dia lebih muda dari aku dan dia suruh aku anggap ja dia sedekah selebihnya.Aku pun Alhamdulillah la, At least ada jugak duit poket untuk belanja esok lusa.Start malam tu la dia dok kerap mesej aku, Sembang tanya itu ini pasai aku semua la.Kami sembang biasa² ja, Takdak la kata nak terlalu personal sangat cuma dia puji aku sebab aku hidupkan tipon dia balik jadi elok dan tanya mana aku belajaq keja² pomen ni semua.Bila dah kerap sangat aku melayan mesej dia, Ni la jadinya.Semalam dia nyatakan hasrat yang dia suka dan nak berkawan dengan aku.Ahh sudah..Seyes aku tak ready sebab banyak benda dalam kepala ni dok pikiaq, Deni pulak mai tambah.Aku kata tak mau lagi sebab aku takdak keja yang tetap, Nanti nak bagi anak bini makan apa? Macam² la alasan aku bagi, Tapi dia tetap jugak nak berkawan dengan aku dan suruh aku consider sebab hati dia dah berkenan, Itu dia la kata.Aku dok kerut dahi ni berkali², Dah tak tau nak jawab apa.Berkenan dia kot mana aku pun tak tau la padahal masa jumpa dia pun sekali tu ja, Masa amek tipon kat dia, Sekali tu ja.Selebihnya hanya lepas pada tu dok mesej² biasa ja.Adeh, Apa bala pulak aku nak kena kali ni? Dia ajaq jumpa pulak hari sabtu ni.Aku just habaq tengok la dulu macamana sebab hati aku ni pun masih terkesan dengan benda² yang lepaih.Sakit kepala punya dok pikiaq sampai keja aku semua jem.Serba salah pun ada..Aku nak buat apa ni?