Masih Ada Luka

Aku bukan tak mau nak terima mana² makhluk yang bernama
perempuan ni, Cuma aku masih lagi terkesan dengan parut lama.Tengok ja aku ni macam gila² sikit, Tapi dalaman aku bukan ada sapa tau kecuali Tuhan, Mak aku dan sorang sahabat aku ni, Awie.Biasanya bila ada konflik yang melibatkan pompuan, Memang aku akan ajaq awie keluaq dan sembang.Tanya pendapat dia dan kami akan borak ikut suka suki.Kalau mak aku pulak, Biasanya aku tak direct sangat sebab aku tak mau mak susah hati sebab mak tau sejarah aku dengan bekas teman yang lama semua macamana and finally, Allah knows what is best for me.Kenapa hari ni aku beremosi? Sebab ada satu manusia ni, Dah kenai lama cuma jauh jarak dia dengan aku, Maksud aku dia ni stay jauh banget which out from penang tapi dia ada sepupu yang stay kedah dan dia ada habaq yang kerap balik kedah sebab itu family belah mak dia.Dia memang suka kat aku dah lama, Cukup lama.Dia pendam, Dia simpan.Tak pernah habaq yang dia berkenan, And finally dia reveal kat aku dalam messenger, Kat facebook.Seyes beb, Nombor whatsapp aku pun dia ada, Aku tak pernah bagi nombor tipon aku kat dia but dia mengaku yang dia amek kat profile aku.Macamana dia boleh berkenan sedangkan dia tak kenai aku secara fizikal? Sembang pun dalam komen kat facebook, Itu ja abeh kuat.Bukan sebab dia dok jauh jadi alasan untuk aku tolak dia, Dak.Cuma aku tak sesuai dengan dia.Aku tau level aku, Lebih rendah kalau nak bandingkan dengan dia yang aku tengok orangnya baik, Selalu ja post pasai agama, Zikir, Koleksi Doa².Dia ni seorang pendidik, Which is seorang guru sekolah dan jugak seorang pecinta si bulus, Kucing.Kerap jugak aku tengok posting² dia dengan mak bapak dia, Kucing dia.

Good for her la, But i am nothing if nak compare dengan dia.Aku tak mau nanti aku jadi punca.Dia ada masa depan yang elok, Manakala aku penuh dengan uncertainly life sebab aku sendiri masih tak yakin dengan diri aku yang naik turun ni.Even dia kata nak peluang untuk disayangi, But still a NO from me.Dia tak pernah berhenti texting, Daily memang akan ada text dari dia.Aku serba salah, But at least aku dah habaq yang aku tak ready dengan benda ni lagi but dia rilek ja suruh aku take my time, No rush.Aduhai, Tak tau la.Adakalanya benda macam ni buat aku takut, Sebab manusia asyik salahkan aku dan benda tu masih ada dalam kepala.

"Jangan kerana benda yang lepas jadi alasan untuk menghukum yang lain!"

Am i being too straight recently? 

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama