Geng Buat Ramai

Rutin biasa bila aku masuk syif petang, Memang ramai kaki² gaming nanti mai lepak termasuk member aku.Ada yang mai nak sembang², Ada yang mai ajaq join main game.Macam tu la aku kat sini melayan karenah budak² ni semua.Aku pulak bukan selalu sangat layan game kat kedai, Tak boleh nak fokus sebab kaunter pun nak kena jaga jugak, Macam tengah malam sikit tu ok la sebab tak bizi sangat tapi apa nak buat, Layan ja la lagipun depa ni bukan dok lama mana sebab depa pun ada anak bini kat umah, Mai pun sebab kawan² dan santai layan game.Yang buat signal tangan dalam gambaq tu sahabat lama, Apiz.Tak sangka dapat reunion balik kat tempat keja aku.Lama banget tak jumpa dia, Yang dok tunduk tengah balut rokok daun tu la bro harry, Sanggup mai kedai tolong aku bawak pi tengok harga moto kat seberang bulan lepaih, Dia pun kira customer kerap jugak la.Semua jenis kepala masuk ayaq 😁 Kaki bola jugak dia ni, Peminat tegar Man City.Apiz pulak memang aku hormat dia abeh², Sebab cara cakap dia memang penuh adab, Bila aku susah dia akan tolong.Aku doakan Moga Allah rahmati depa dua ni.Selalu jugak la depa ni mai kedai lepak melayan game sejam dua tapi tak la kerap macam yang lain tu.Kira dalam seminggu ada la 2 atau 3 kali mai then ajaq aku lompat sekali layan game left4dead tu.Aku tak boleh nak main game macam tu, Pening.Kawan² dah mai kita layan ja.Bila dah abeh layan game, Kami dok luaq sembang kena rokok apa ka then masing² balik rumah.Tu ja la, Bro harry ni dok area sama dengan aku cuma flat sebelah menyebelah ja, Jadi aku balik tadi pun tak la sunyi sangat sebab dalam dok bawak moto tu pun dok sembang sebelah², Punya gila.Apa pun geng² ni memang suka buat ramai bila mai kedai, Memang nanti riuh dengan game ja, At least aku tak la sunyi dan boring sangat.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama