Rezeki Bulan Febuari

Abu Siti Lane, Viking Internet Cafe.Aku diterima bekerja kat sini sebagai seorang juruwang dan IT Admin, Alhamdulillah Ya Allah.Ternampak iklan keja kosong ni dalam mudah, Jadi aku cuba apply.Tak sangka aku dapat keja kat sini.Sekarang dalam fasa training, Akan ada senior pagi yang akan jadi mentor aku, Yang lawaknya senior pagi tu rupanya kawan sama sekolah rendah dulu walau berbeza kelas.Adoi, Kira sama la masuk kepala hahaha! Sini ada 3 shif, Pagi, Petang dan malam memandangkan waktu beroperasi 24 jam kan.Aku staf petang, Tapi kena mai pagi minggu ni sebab nak training handle pc dan sales, Sebab nanti aku nak kena handle sorang.Risau sebenarnya sebab tak berapa nak confident, Satu lagi nak jaga cashier tu lagi, Duit kot.Memang berisiko so nak kena jaga kuat.Moga² Allah mudahkan segalanya, Insya Allah.Masa sebelum nak apply keja ni, Kelayakan dia agak pelik dan lawak sebab syarat dia letak dalam iklan jawatan kosong tu: "Anda mesti seorang kaki game" buat aku terbahak, Itu yang aku try tengok dan hari yang sama tu jugak aku dapat keja hahaha! So apa lepas ni? Aku nak fokus pada keja dulu dan menabung, Ada 'makhluk' dok tunggu dah ni, Itu pun kalau dia betoi nak tunggu dan boleh tahan dengan perangai aku la..Wallahu'alam.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama