Kisah Awek Wechat

Ada la sorang geng ni ajaq aku melayan wechat, Katanya marka sana banyak, Suruh aku cari sorang sebab aku ni dok menyolokan diri lama mana? Kalau nak yang boleh usung pun ada dia nak rekomen bagi.Gila? Aku tau la yang ang sakit hati pasai aku masih dok bujang suci lagi kan? 😂 Bukan nak juai mahai, Aku sendiri pun dok ghisau lagi ni.Takut terkena lagi ja, End up dalam aku dok kata tak mau tu aku try jugak hahaha! Malam tu saja dok test power, Geng tu suh aku try function nearby kat dalam wechat tu.Mulanya aku tak reti, Godek pi godek mai, Toink! Sangkut sorang, WOW! Macam best, Awek express hanya tekan nearby ja.Fuhh mantap! Dah tu dalam nearby tu pulak punya la banyak list marka comei, Perghh brader ini menarik.Aku cuba test market dengan awek yang sangkut tadi tu.Sembang², Berkongsi pengalaman, Tanya dok mana segala bagai la.Apa yang buat aku tergamam bila awek tu ajaq aku jumpa malam tu jugak! Ang rasa? Aku menolak sebab tak berani, Aku bagi macam² alasan tapi awek tu kata sat ja, Keluaq minum sat apa ka then balik la, Siap nak belanja lagi.Katanya dia tengah bosan, Esok pulak dia cuti dan tawarkan diri nak mai jemput aku, Bukan nak pi mana pun hanya sekadar nak keluaq minum ja, Sempat jugak awek tu kata "tak yah risau, Saya bukan nak rogol awak" Fuiyoo..Gila ni.Belum pernah aku jumpa yang jenis hati kering gini.Mau dengan tak, Malam tu aku jumpa la dengan dia.Apa jadi malam tu?
Sungguh dia mai jemput aku, Then bawak aku pi eden kat batu feringgi nu.Jauh gila deni bawak aku berjalan.Dia drive, Aku nganga ja.Dalam keta pun dok tanya banyak, Aku pun segan silu mulanya.
"Tak payah segan abang, Buat rilek ja ok? Saya tak makan orang aihh.."

Abang? Amboi awai² dah panggil aku gitu, Malu cek.Mau tak segan, Dia pelawa ajaq keluaq, Dia yang drive, Dah tu bawak aku sampai ke batu feringgi nuh, Heran. Macamana la yang dia ni boleh terpikiaq nak bawak aku sampai sana? Tengah malam macam tu? Agak lewat jugak masa tu.Aku tak la kisah sangat asal dia yang nak bawak kan? Aku ikut ja.Sampai eden, Order minum tapi dia pelawa makan sekali, Aku pun 'okay'.Dia yang settle semua.Bertambah segan aku, Dia lagak macam takdak apa, Rilek ja yang aku dok garu kepala.Macam² dia tanya serupa nak cari jodoh, Aku masih terpinga sebab malu kat dia.Keta dia bawak, Makan minum dia settle, Aku? Nganga ja la sambil melayan dia dok bertanya itu ini.Orangnya tak la lawa mana, Badan dia dua kali besaq dari aku.Ini kalau dia tindan aku memang dok nampak tak bernyawa dah.Sori, Bukan nak menghina badan dia yang gempal tu but aku tak kisah sangat hal ni, Cuma risau kena tenyeh ja kelak. 😂 But overall bagi aku ok ja.Kami balik dalam 3 lebih macam tu, Tapi dia ada cakap yang dia akan contact aku lagi, Aku no komen.Tak berani nak cakap apa cuma dia seakan teruja dan seronok sangat jumpa aku.Itu saja ceritanya malam semalam.


P/S: Nama dia husna, Nurul Husna.Sedap kan nama tu? And btw..Dia pegang tangan aku masa nak melintas pi kat parking keta.Aduh mak..Lemah lutut bang. 😫

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama