Terkilan Dengan Sikap Manusia

Entah la bro, Aku naik jemu nak hadap manusia² yang tak reti nak bersyukur apa lagi berterima kasih? Ceritanya aku dok terpandang posting satu manusia ni, Dia request nak edit gambaq family.Dah berhari² aku tengok tak ada sorang pun layan dan reply dalam posting dia, Jadi hari ni secara sukarela aku cuba bangun dan gagahkan diri untuk hadap komputer aku dengan niat nak bantu dia.Dalam 4 jam masa aku jadi sia², Kenapa? Haa ini nak habaq bagi, Dah siap semua aku buat dan aku reply dalam komen, Alih² ada bunyi demanding jugak.Apa katanya? Komplen kat aku sebab gambaq yang aku buat ada dua orang sama which is arwah abang dia dan dia tanya mana gambaq bini dia? Eh? Pulak, Dia sendiri tak habaq pun benda ni sedangkan aku dah tanya dia berkali² untuk confirm betoi² but dia langsung tak habaq yang dalam gambaq famili tu dah ada siap gambaq arwah abang dia, Dalam thread dia cuma ada 3 keping gambaq, 1 famili yang besaq, Ramai jugak la dalam gambaq tu, Kedua famili kecik yang ada dalam lima orang, Mungkin isteri dia pun ada dalam gambaq ni sebab aku perasan ada perempuan mid age duduk sambil dukung anak dan dalam gambaq ni jugak ada arwah anak perempuan dia dan dia bulatkan gambaq tu dan yang ketiga, Gambaq arwah abang dia.So dia yang tak sebut pun nak add on isteri dia sekali dan dia tak info pun dalam gambaq famili dia tu dah ada arwah abang dia.Aku jadi heran so aku pun reply dan habaq kat dia kenapa tak bagitau awai² sebab dari posting asal tak sebut pun yang gambaq arwah abang dia dah ada sekali jadi kenapa perlu bagi gambaq asing? Dan dia tak sebut pun nak add on isteri dia sekali, Then dia reply panjang, Ada nada yang agak keras seolah sindiaq aku dan yang buat aku geram dia punya ayat penutup, Dengan sinis:

 

Kalau tak mau buat takper,Tak suruh pun.. 

 

Ang rasa? Aku ni dalam sakit gagah cuba jugak bangun nak tolong orang sebab dok tengok posting dia kosong berapa hari dah.Aku cuba ikhlaskan tapi adakalanya manusia ni tak reti nak bersyukur, Sudah la terima kasih pun tarak.End up aku remove semua reply aku.Dah jemu nak hadap manusia jenis macam ni lagi.Seriously, Selama aku libatkan diri dalam dunia ngedit ni, Boleh kata 80% manusia yang berjiwa toksik la paling ramai aku tengok.Bila nak suruh edit gambaq, Mula dengan kata² lembut, Seolah merayu bana bagai.Tapi bila tak dapat apa yang depa mau siap la.Memang nanti bunyi demand dengan kata² kesat yang aku dapat.Selalunya macam tu la, Bila benda dah buta, Manusia ni kira apa? Janji dia dapat apa dia mau.Perasaan malu tu tak ada langsung! Malas la aku.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama