Kebangkitan

You know what? Aku ni cukup tak suka kalau nak bergaduh dengan orang, Meskipun orang tu dah jatuhkan aku, Buat naya kat aku, Ngata kat aku, Umpat aku dan segala kelaku buruk d'hamboqnya pada aku, But what i do in return? Nothing, Sebab nak duduk and enjoy the popcorn soon enough.Nak lawan balik? No need la, Orang bodoh saja yang buat macam tu sebab nak panjangkan lagi sangketa pastu apa? Dendam? Sakit hati? Then mula la nak menyantau bagai.Typical Malay macam tu la.Bunyi macam menyakitkan hati tapi seyes benda memang ada dalam komuniti bani melayu hari ini! Aku pun meluat tapi apa nak buat? Aku yang berniaga kecik² ni pun ada ja bani melayu yang dok jaki, sakit hati takdak sebab.Pasai? Entah..Yang aku tau, Ada la sorang dua customer tu dm aku dan habaq konon aku cas sampai RM80 untuk satu gambaq yang aku edit dan ada jugak yang bagitau aku hentam sampai RM200! 😂
Bang, Ini gila.Kalau aku boleh cas harga sampai lagu tu, Memang boleh pi haji balik hari dei.Astagfirullahal'azim manusia..Sampai lagu tu ampa fitnah aku noh? Takpa la, Ampa nak kata apa? Buat la.Aku akan tetap macam ni.Nak diam saja, Sebab aku ada adab dan aku orang islam.Dalam islam ada toleransi, Jadi aku pilih untuk beralah.
Saingan dalam berniaga ni normal, Siapa yang tak mau untung? Siapa yang nak rugi? Semua manusia nak hidup, Dan untuk terus hidup perlu isi perut, Bila nak isi perut nak kena cari makan.Bila mai bab cari makan ni pulak, Ang nak cari makan tu macamana? Apa lagi kalau bukan duit, Kan? Baru boleh beli makan dengan duit.Kesimpulan dia sekarang dalam kes aku ni, Semua pasai duit la, Kenapa pulak pasai duit? Macam tadi orang kata aku cas satu gambaq RM80, RM200 padahal satu gambaq yang aku edit, Hanya RM20 - RM35 saja, Tak pernahnya cecah RM50 pun.Dalam blog rasmi aku Klasix Studio pun aku dah announced harga.Yang kata aku tibai sampai RM200 tu memang sakit otak ka apa? 😂 Merapu la ampa ni, Kot ya pun takkan la sampai macam tu punya harga yahudi mabok ampa nak buat cerita? Lantak ampa la, Ikut suka hati ampa la nak kata apa pun.Aku tetap akan macam ni ja.Dari dalam group punya dok jaki kat aku sampai la aku berhenti terus nak edit free kat orang lain, Tak pasai ja yang lain jadi mangsa dan terkesan sebab aku dah stop free editing untuk open request.Aku tak terkesan pun sebab masih banyak lagi jalan nak cari rezeki ni, Semua Allah yang punya.DIA bagi pada sapa yang DIA nak bagi dan tak pernah tak sampai rezeki tu pada sapa yang DIA dah pilih nak bagi meskipun d'halang oleh manusia yang berhati hitam tu.Kot mana pun sampai, Jadi aku hanya rileks sebab aku tak perlu gusar gelisah bagai.Ada rezeki untuk aku, Maka adalah.
Semua ni atas usaha kaki dan tangan masing², Dan jangan lupa atas kerajinan dan usaha tu jugak la DIA dok perati dan sebab tu DIA bagi.Maka tak payah la ada perangai dan sifat setan tu asyik nak sakit hati kat anak adam doplohpat jam.Ada saja tak kena.Ada saja nak sakit hati bagai.
Nasihat aku pada puak yang mendabik lagi sombong tu:
"Please la..Tak perlu nak saing dengan orang lain guna cara kotoq, Ini memang sangat memalukan orang islam.Kalau rasa nak cari makan, Buat cara yang elok.Tak perlu nak sabotaj orang lain dengan kehebatan AI ampa tu.Besides..If tanpa AI tu, You are nobody.Dengan hanya taip keyboard saja dah mendabik dan auto gelar diri sendiri professional designer? Nope, I don't see it that way except a bunch of noobs.Aku boleh ja mendabik jugak kalau aku nak sebab before AI tu beranak aku dah nganga depan skrin pc ni sebagai seorang creative graphic designer sejak 20 tahun yang lalu! Malah aku boleh ja saing dengan manusia macam ampa ni dengan cukup mudah sekali but i choose to keep my mouth shut because Allah and His Prophet SAW has taught me well about manners.

Tak perlu sombong, Tak perlu nak rasa diri tu hebat.Just stay humble and do what you love to do most and enjoy it!  Well, Gotta go, Masih banyak keja yang aku nak buat sini dari sakitkan kepala aku dengan manusia² yang makin gila dan merapu zaman ni.

Psst, Just got my own verified dev console for a second time! Yippi-Kai-Yey

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama