Memori Cerita Muda Remaja

Dari semalam aku tak lena, Dok berguling pi, Berguling mai.Entah apa dalam kepala dok pikiaq.Nak hadap komputer macam off mood, Memang masih ada keja yang nak kena buat but terasa malas.Nak main game? Busan.So aku buat plan gila ajaq bini aku keluaq awai pagi buta.Alang² dah boleh nak lena, Apa salahnya keluaq? Tak tau la pasai papa tetiba ja kaki ni nak berjalan, Sesekali amek angin pagi² ni syok jugak.Bini aku pun terpinga² dok tanya nak pi mana, Aku habaq jom pi komta.Merapu nak pi jalan komta awai pagi macam ni? Mana ada kedai bukak lagi.Ahh, Keluaq ja la.Sampai komta, Singgah kedai makan kena sarapan pagi, Abeh makan berjalan la kami dua, Naik turun pusing dari bawah sampai atas.Sebenarnya aku ni rindu sangat kat komta ni, Banyak kenangan masa muda dan terasa nak cerita kat bini aku sambil bawak dia pusing dan tunjuk tempat² yang rajin aku dok lepak dulu.Boleh kata tiap hari, Komta ni memang dah macam rumah aku.Makan sini, Minum sini, Mandi apa bana semua kat sini.Biasa la masa muda memang dok buang masa macam tu ja tapi memang seronok sebab otak kosong.Tak perlu pikiaq apa pun, Happy Go Lucky! Apa yang best sangat? Sebab banyak kenai kawan baru, Enjoi dengan game, Jumpa marka walaupun masa tu berkawan ikut hari ja hahaha, Hari ni aku kenai, Esok lusa dia buat lupa.Yang tak bestnya bila selalu ja ada gaduh.Ada yang pasai mabuk, Ada yang pasai pompuan, Ada yang bawak geng.Ini la dia, Komtar penang.Tak pernah sunyi kalau takdak kontroversi, Gerenti akan ada cerita tiap hari.Bab gaduh ni, Aku jarang nak lompat sekali kecuali bila ada kawan yang sangkut dengan kes berat.Jenis aku ni bukan kaki lempang orang membabi buta, Tak berminat sangat la dengan gaduh ni melainkan terpaksa masuk campoq bila perlu saja.

Komta ni memang port biasa aku lepak layan game, Layan jukebox dengan beliat walaupun aku tak reti nak main, Layankan saja sebab kawan².Bab game ni dah jadi tebiat, Sampai komta memang kedai game la aku masuk dulu.Makan minum tu semua belakang cerita, Game punya pasai.Aku pun tak tau nak cerita macamana, Selalunya dari game la aku boleh dapat ilham untuk keja² design aku.Bukan saja² nak main game ni, Orang tengok aku dok main game fokus gila sampai tak ingat dunia tapi depa tak tau apa dalam kepala aku.Dalam game ni ada grafik, Itu la yang tarik minat aku.Anyway, Kedai game yang dulunya jadi port lepak dah tutup, Dulu sini memang banyak tapi hari ni aku mai tengok semuanya dah berdebu, Dah tutup, Dah kosong.Sedihnya rasa, Apa nak buat.Masa dah berlalu dan aku memang rindu waktu dulu..

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama