
mengizinkan aku bernafas dan dengan izin DIA jugak aku dapat lagi bertemu ramadhan pada tahun ni, Alhamdulillah Ya Allah! Malah semalam, Ramadhan yang pertama aku dan isteri dapat bukak posa kat umah mak aku.Macam² juadah yang mak masak, Kenyang sangat.Aku bersyukur sebab masih dapat peluang macam ni, Pada masa yang sama aku dok perati gelagat isteri aku yang dok qalit sembang dengan mak aku.Ya la, Dia kan dah yatim piatu.Sapa lagi dia ada? Mustahil la kalau dia tak terkesan bila tibanya ramadhan.Ini baru bulan posa, Kalau raya? Memang aku perasan benda ni dan walaupun dia tak tunjuk yang dia sedih padahal hati dia meraung sapa tau? Dan dah tentu dia ada kenangan dengan keluarga dia jugak kan? Kadang aku rasa bersalah, Tapi apa daya? Sekurangnya aku nak dia rasa dihargai sebab tu aku bawak dia mai bukak posa kat umah mak, At least aku harap dapat la sikit ubat hati dia.Lepas kami makan tu, Sambung sembang² santai dengan mak dan adik², Sempat jugak aku ajaq isteri aku nak pi jengah kuboq amot kat bawah pokok depan umah mak aku tu sat, Aku rindu.Isteri aku memang paham dan dia tau aku ni terkesan macamana sejak amot meninggai.Dekat seminggu aku jadi bisu, Tak banyak cakap, Termenung tak buat apa.Hanya rokok dan kopi jadi peneman tiap hari, Terlentang dengan otak yang serabut.Walaupun ada ganti kucing lain tapi amot tetap jadi pilihan sebab dia sangat² special.Bagi aku amot ni lain dari yang lain, Aku sendiri tak reti nak cakap macamana kelainan yang amot bagi kat aku berbanding kucing² yang dok ada.Isteri aku, Mak aku suruh aku redha.Tapi aku masih sedih, Aku terlalu rindu kat amot.