
Aku memang dah perasan dah yang dia sakit dari tahun lepas tapi aku pun tak pasti dia sakit apa, Isteri aku pernah bawak amot pi vet tapi doc kata no health issue cuma selsema biasa.Bagi ubat itu, Ini but still itu pun selsema dia tak sembuh jugak.Kesihatan amot makin menjadi sejak kami pindah, Dia kerap gigit belakang ekoq dia.Aku anggap benda tu biasa sebab kucing nak garu badan memang macam tu, Tapi bila dah kerap sangat dia jadi macam tu aku mai lain.Amot seolah macam dok tahan sakit! Aku habaq kat isteri aku yang amot ni memang kena bawak pi vet jugak, Tapi isteri aku pulak takdak cuti dan kena tunggu lagi dua hari untuk appointment kat vet ni.Malangnya tak sempat, Dua malam berturut² amot dah nazak but still dia tahan.Dia dah tak boleh jalan, Kalau dia bangun selangkah dua dia akan jatuh balik.Yang paling sedih dia gagah bangun jugak semata nak duduk dengan aku, Ya Allah.Sapa tak sebak? Biasanya kalau aku dok hadap komputer, Amot mesti nak teman aku.Memang dia selalu macam tu, Bila aku letak makan kat dapoq dia tak mau.Apa aku makan, Dia pun nak makan satu pinggan dengan aku.Jangan kata bab makan ja, Ayaq kopi aku pun dia nak hirup, Nak share dengan aku.Aku sedih sangat hari ni, Semalam amot dah tinggai aku.Saat dia nazak aku just bisik kat telinga dia jangan tahan kalau tak mampu, Mata dia memang dok tengok muka aku masa tu seolah macam isyarat yang dia dah nak pi, Allah.. 😢 Memang sebak, Aku dah tak boleh nak tahan ayaq mata ni.Sampai lani dok terkesan.Sat lagi pagi aku nak pi tanam mayat dia kat umah mak aku, Kelu lidah ni dok tengok bungkusan plastik yang aku balut mayat amot kat sebelah aku.Masih dok terasa yang dia hidup tapi tak, Amot memang dah tak ada lagi.

Tunggu Ba Kat Sana Ya Sayang... 😢