
Perangai aku, Tak kira la sapa pun kalau buat baik dengan aku, Sepuluh kali kebaikkan aku balas balik.Itu aku, Lantak la dengan mulut orang aku tak peduli tapi bila kebaikkan aku dibalas dengan kejahatan, Aku takkan balas balik dengan kejahatan.Sebaliknya aku diam terus, Tak perlu tanya pasai apa aku tiba² diam kalau ada yang buat tak kena.Buat apa aku nak lawan? Buat sakit badan ja.Dulu memang selalu kena macam ni, Dah la buat naya kat aku.Tak cukup dengan tu, Pukoi lagi kot ataih.Kawan baik sendiri pulak tu.Hanya kerana mulut, Badan binasa.Terkadang aku rasa macam tak mau dah nak buat baik dengan orang, Bila kita ni terlalu baik sangat, Lama² orang pijak kita balik.Pendek kata, Amek kesempatan.Aku tak paham la lani punya orang macamana.Suka amek peluang nak jahanamkan orang lain demi diri sendiri, Tak rasa bersyukur ka orang dah buat baik dengan kita? Aku terkilan, Tapi hanya mampu diam.Bukan kawan sendiri ja yang pernah buat naya kat aku.Orang yang pernah bersama dan pernah aku sayang pun ada.Mustahil aku tak sakit hati apa lagi dendam? Tapi untuk apa? Benda tu akan mudaratkan aku lagi ada la.Paling teruk, Disantaunya aku.Alahai, Balasan yang aku dapat dengan buat baik kat orang.Bodo sangat ka aku ni? Lembik sangat ka aku ni? Lurus sangat ka aku ni? Ada manusia pernah kata kat aku, Jangan terlalu baik sangat dengan orang meskipun kawan baik sendiri.Ya, Aku dah kena pun.Agaknya aku ni ketegaq? Bila dok saja² tu, Aku nanti pikiaq panjang, Termenung sat.Nampak diri sendiri, Dok terkapai².Nak cerita pasai aku banyak tolong orang tu tak yah la kot, Benda ni biaq Allah saja tau dan simpan rapi segala benda yang baik² yang pernah aku buat.Macamana aku buat jahat dan cuba elak dari pengetahuan orang, Macam tu jugak benda yang sama aku akan buat bila buat benda² elok ni.Aku tak suka nak kecoh², Haa ini aku la buat, Itu pun aku yang buat.Tak rasa ka seolah dok angkat diri sendiri? Untuk apa? Biasanya yang aku tau benda ni nak tunjuk kat orang yang kita ni suci, Baik, Maksum dan tak pernah buat salah.Padahal belakang DIA dok perati dan DIA lebih tau kita ni lagumana bila bersendirian.Buat benda baik, Benda elok kenapa sampai nak cari nama? Nak suruh manusia agungkan kita? Kenangkan kita? Angkat nama kita? Ingat kat kita? Macam tu? Ada yang buat baik bawak kamera, Semua benda nak rekod then tunjuk kat orang, Motif? Konon benda ni satu motivation agar orang lain ikut sama buat benda yang baik.Ok, Fine benda tu reasonable bagi aku but sampai dah terbawak² tu bukan motivation dah.Itu riak! Benda ni la penyakit manusia hari ni.Bila dah riak, Kita mendabik.Pasai orang dok pandang kita ni banyak buat benda baik, Orang dok mula bercakap dan sebut nama kita dan sanjung kita ni tinggi langit padahal kita tak sedaq langsung yang DIA dok menguji kita dengan ujub.Aku bukan nak bercakap pasai orang, Tapi aku nak ingatkan diri aku sendiri.Ang buat baik ka, Jahat ka, Kot mana pun DIA akan uji sampai ang kenai diri ang sapa.Aku tak pandai, Apa lagi bijak.Sekolah pun tak abeh, Siapa aku nak mengaku baik? Sapa aku nak mengaku pandai? Yang aku tau, Semakin aku meningkat usia, Semakin aku lemah dan semakin tu la aku bodoh!