
Well, this is it..Dengan hati yang agak berat, aku dah berhenti keja dan agak terkesan dengan apa yang dah jadi selama aku kat hotel ni.Ada suka, ada duka.Ada naik dan ada turun even ada sebabnya aku lepaskan keja ni but my manager pun memang berat nak lepaih aku, cuba pujuk aku untuk stay.Malangnya aku terpaksa turn down, aku terpaksa.Benda ni semua dari silap aku sendiri, dari mula aku keja sini sampai aku buat keputusan untuk berhenti.Hati ni berat, tapi aku takdak pilihan lain dah.Memang rasa sayang nak lepaskan keja ni, something that i really enjoy to do everyday.Aku terpaksa berhenti asbab tekanan perasaan apa lagi dengan wabak penyakit yang masih belum pulih sepenuhnya.Walaupun hotel dah mula beroperasi balik, tapi benda ni jugak bagi kesan kat aku.Aku tak mau nak ingat lagi benda ni, aku cuba nak elak sampai aku terpaksa berhenti.Apa yang teruk sangat sampai aku nak berhenti keja? Kalau ada yang nak kata aku ni bodo, silakan.Aku tak kisah, dan ya benda ni memang melibatkan si Y jugak.Dia pun dah berhenti dan dah balik semula pada diri dia yang asal masa mula² aku kenai dia dulu.So its a no wonder dia dah lain dan kurang bercakap dengan aku sejak dari bulan posa lagi.
Apa yang dia dah buat sampai bagi kesan kat aku? Aihh aku tak tau la nak cakap, sebab dia bukan lagi macam dia saat ada dengan aku dulu.Dia mula tonjolkan diri dia yang betoi dan tunjuk kat semua staf, cara dia pakai buat orang lain terbeliak bijik mata.Pendek kata cara dia dressing tu tak cukup kain dah, is that clear? So aku jadi heran kenapa dia sengaja nak buat macam ni? Aku cuba text dia untuk dapatkan penjelasan but still dia diam.Aku jadi serupa orang bodo, terpinga².Benda ni sampai jadi buah mulut staf² yang ada, depa tanya aku macam² pasai si Y ni.Mana la aku tau apa yang jadi sebab benda tiba², dari bulan posa dia dah macam jauh sikit dari aku.Tak banyak cakap, lepas settle keja dia balik tanpa habaq apa.Bila aku text tanya dia just kata dia dah lama balik rumah, then senyap.Macam tu ja la, tapi barangkali dia dah terasa hati? Entah la, nanti aku akan cuba text dia lagi if dia jawab.Aku nak tau jugak kenapa, baru aku boleh tau pasai apa dia bertindak gila macam tu.Memang aku ingat nak ajaq dia jumpa aku..