Aku Dan Memori Luka

Semalam, dengan hati yang agak berat dan masih dok sakit, aku pi balik oph tapi bukan sebagai staf.Niat aku hanya nak lepak hotel untuk satu malam, mintak tolong kat former senior aku, muthu arrange bilik untuk aku stay.Entah pasai apa aku mai sini, nak tambah cari penyakit ka apa? Dak, aku cuma nak tenangkan dan bagi ruang untuk diri aku sendiri sat.Memandangkan sini banyak sangat kenangan yang tercipta maka kat sini jugak la aku nak tanamkan segala.I have to finish what i have started, aku nak buang semua benda yang dok ada dalam kepala aku ni dan tak mau dah pusing kebelakang lagi.Struggle nak lupa tu memang ada, sebab tu semalam aku mai oph balik.Bagi aku, the worst thing yang kita paling takut nak hadap tu la yang kita akan hadap jugak kelak.Tak kira la ang suka atau tak suka, you have to face it and deal with the consequences of all things you've done.Biaq la sat aku macam ni asal aku puaskan hati dan diri aku sendiri dengan cara aku, takdak niat nak flashback balik semua benda cuma aku rasa tak selesa bila dok rumah.Dengan mak tiri aku yang suka dok melalak buat aku bertambah sakit kepala.

Si M ada mesej aku semalam, tanya habaq aku but aku macam aku.Diam, aku tak jawab text dia asbab aku masih ada rasa bersalah kat dia, apa lagi dah malu dengan tindakkan bodoh aku lagipun aku stay kat hotel dan tak mau sapa pun ganggu aku.Lewat petang tadi baru aku reply dan dah mohon maaf tapi si M kata takpa, dia boleh paham dan dia ajaq aku jumpa kalau aku ada apa² yang nak cakap atau luah.Dia pun risau sebab aku diam dan langsung tak jawab mesej dia, bukan aku tak mau jawab.Aku malu, hati pun masih dok sakit lagi.Aku cuma mintak dia bagi ruang dan masa untuk aku menyendiri buat masa ni, itu ja.Aku dah lupa diri, kesal dengan cara dan tindakkan aku selama aku keja kat oph ni dan aku tak sedaq yang DIA dok uji aku dengan benda yang aku paling tak suka nak repeat lagi padahal aku dah buat balik.Semalam tu aku rasa dah cukup puas aku lepaskan semua burden yang ada dalam hati dan kepala aku, harapan aku lepas ni moga² si Y lenyap terus dalam kepala dan aku tak mau ingat dia lagi.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama