Alhamdulillah, Masih lagi ada nafas dan peluang yang DIA sudi bagi kat aku.Maka dalam kesempatan ni, Aku masih boleh tulis blog yang aku rasa ada dalam dekat sebulan dua sunyi.Aku buntu, Duduk umah nganga tak buat apa.Asyik makan, Lena, Game, Internet.Itu ja la abeh kuat.Terkadang ada jugak masanya aku keluaq pi cari keja sebab tempat keja lama aku memang dah shut down, Dah bungkoih.Aku sendiri pun ingat benda ni hanya khabar angin, Alih² betoi kedai cc tu shut down.Jadi sekarang aku dah menganggoq balik, Jadi bodo kat umah.Apa aku nak buat esok? Ada apa² plan? Entah, Dok pikiaq banyak ni.Macam² dalam kepala buat aku lagi serabut.Tengok la macamana nanti, Kalau ada peluang keja aku akan cuba nasib.Aku dok target nak keja hotel balik, Tapi emm..Risau pulak.Hotel ni social sikit, Lagi besaq hotel tu, Lagi banyak department staf dia.Lagi banyak department staf, Lagi sakit kepala aku, Lebih² lagi bila ada yang jenis ikut puak².Kaki mengata satu geng, Kaki gosip satu geng, Aku pulak bukan jenis suka macam tu.Aku mai nak keja ja, Bukan nak bercakap pasai orang lain, Buang masa.Aihh tak tau la, Tengok ja la mana yang DIA nak bagi lepas ni, Moga² DIA mudahkan urusan aku, Insya'Allah..