
Tadi masa mai keja, Lepak la sat dengan budak malam.Dia pun dah siap nak balik sebab syif dia dah abeh, Elok dia keluaq dari pintu kedai tu dia panggil aku dan ajaq sembang kat luaq kedai.Macam seyes ja tengok, Mula aku pun dok ingat ada kes apa ka kat kedai sebab sebelum ni ada ja barang² pc yang hilang, Tapi bukan syif aku la.Dia habaq kat aku, Konon kedai bakal bungkoih.Hah? Nak tutup terus ka macamana? Aku agak terkejut jugak la sebab dok elok keja tetiba nak bungkoih pasainya? Katanya sales kurang, Bos rugi banyak.Itu logik jugak la sebab kat depan jalan pun ada satu kedai cc, Besaq lagi dari tempat aku ni.Kat lereng tempat aku keja pun ada satu, Tapi manusia masuk keluaq hari² ada kot.Rugi tang mana? Aku jadi heran.Pagi² dah buat aku termenung, Mula otak dok pikiaq macam².Bila aku tanya kenapa tiba²? Budak malam hanya angat bahu dia dan terus start moto balik, Aku ditinggalkan dalam keadaan terpinga dan tertanya².Apa hal agaknya eh? Tak tau la, Tengok la nanti macamana, Betoi atau dak kita tengok saja.Tak boleh nak kata apa masa ni, Sebab satg aku ni bukan boleh.Otak berjalan, Keja jadi tak tentu hala.Wallahu'alam..