
Dan
hari ni, Masih kesempatan untuk aku tulis dalam blog ni lagi,
Alhamdulillah.So, Dua hari sudah, Aku mula masuk keja malam dan shif aku
pun dah officially tukaq dari petang ke malam tapi tak tau untuk berapa lama.Staf malam habaq kat aku yang dia tak berapa nak sihat sangat sebab dia kerap berjaga malam jadi sebab tu dia nak tukaq ke siang.Takpa la, Untuk kesihatan dia, Jadi aku beralah lagi pun dia dah berumoq.Bagi
la ruang dulu untuk dia recover, Insya'Allah.Dalam dua hari ni aku
tengok beza waktu malam orang tak berapa nak ada sangat.Sunyi pulak,
Abeh kuat aku bukak lagu layan sambil lepak depan pintu.Ada kerisauan
jugak sebab malam kan, Kedai pun menyepi, Ada pun sorang dua ja.Rasa
mengantok tu dak kot, Cuma boring.Tak tau apa nak buat, Nak layan game
pun macam takdak mood sangat.Lain la kalau ada partner in crime.End
up aku update blog aku ni.Tulis pi la sepatah dua, Kurang hati aku ni
boleh lega sebab memang tengah risau.Aku tak mau nak sebut benda ni,
Paham² ja la bila dah menyepi macam ni, Malam pulak, Anything can happen.Ini baru dua hari aku start keja malam, Hari yang bakal mendatang pulak entah macamana, Insya'Allah, Everything will be okay! Wallahu'alam.
P/S: Nak suruh cik puan teman? Gila apa..Dia pun keja pagi, Merapu la ang ni d.