Berakhirnya Ketegangan

Kalau api dengan api ni, Memang tak boleh nak buat apa.Dia nanti jadi lagi marak, Lagi besaq api dia.End up semua nanti hitam rentung.Macam tu la jugak hubungan aku dengan husna, Dah sampai ke penghujung.Masing² dengan pendirian yang tak mau kalah, Dia dengan kedegilan dia dan aku dengan ketegasan aku.Dah cuba untuk stabilkan, Cuba untuk selamatkan, Tapi pasai banyak sangat benda yang aku tak setuju dengan cara dia dan dia pulak tak suka dengan ketegasan aku.Beb, Aku sedaq diri aku ni, Keja pun kuli dan gaji tak besaq mana.Lain la dia yang sebulan boleh cecah lima angka.Terkadang aku tau yang aku ni suka naik angin tak kena gaya, Aku akui salah aku tapi cara dia yang terlalu open sangat tu la yang buat aku kurang selesa.Kalau ada yang tak kena, Memang aku shoot.Dia ni pulak jenis bercakap tak tengok sapa dah.Kadang depan kawan² aku dia suka kecikkan aku, Mana la aku tak tembak kalau dia serupa dok pandang aku sebelah mata? Yang paling aku terkilan sangat beberapa bulan sudah, Pagi tu dia mai kat tempat keja aku, Heran jugak sebab selalunya sebelum mai dia nanti call atau mesej ja.Mai pun secara tiba², Ingat nak habaq apa² ka, Surprisekan aku ka, Antaq makan ka, Tapi mai suka², Katanya saja nak mai tengok aku keja, Aku ok ja.Dia Ajaq aku sembang kat luaq bangku depan tempat keja aku tu, Mulanya sembang elok ja.Tetiba kawan aku sorang dua dari dalam kedai keluaq mai dok sekali, Sambil pekena rokok dan huloq sebatang kat aku.Elok aku amek ja rokok tu boom! Dia mula bletiaq.Takpa la aku pun layankan sambil senyum² buat muka bodo, Tapi bila dia dah mula kecikkan aku haa..Mula la.
Mula bising pasai rokok, Then dia hentam lagi kata aku dok buang duit beli rokok, Bising dia makin menjadi.Aku diam dan layan ja dia nak kata apa, Tapi bila dia dah mula cakap pasai duit, Aku mula mai tak sedap.Katanya dah tau takdak duit tapi sanggup beli rokok, Dari guna duit beli rokok baik simpan dalam tabung, Untung² boleh bawak dia makan angin kat oversea bagai, Padahal dah tau kata gaji aku ni kecik dan bukan aku tak pernah simpan duit pun, Dah la dia cakap macam tu depan bebudak yang dok ada kat tempat keja aku tu, Apa perasaan aku? Sebenarnya benda ni aku dok sabaq dari sebelum bulan posa lagi.Pernah jugak satu hari tu dia kata dia terasa kekok dah nak keluaq dengan aku lagi.Kecik hati aku ni, Tapi aku diamkan ja sebab aku cuba nak paham dia, Tau dia tengah marah atau stress la kot dengan keja dia.Terkadang tu rasa macam nak maki pun ada.
Apa yang buat bagi aku tak selesa dengan sikap dia? Sebab dia ni kalau bawak aku keluaq, Dia nanti pi kat tempat² yang high class dan aku tak biasa la nak masuk tempat² macam tu.Aku tak suka! Ya, Tau la ang banyak duit, Tapi aku tak suka cara macam ni.Maaf la, Aku tak reti la nak mengebat macam dia.Jenis kaki swipe, Ada duit apa pun jalan.Ada jugak kami bertekak pasai anak, bab lepas nikah punya cerita.Dia habaq dia tak mau esok² anak dia susah, Aku pulak jenis nak ajaq dan bagi rasa pengalaman untuk rasa susah tu, Sebab kelak ang dok senangkan sangat anak², Depa nanti jadi malaih.Tak mau nak usaha sebab family banyak duit, Apa pun harapkan family dan tak mau nak berdikari.Salah ka aku cakap macam tu? Terus dia kata aku dengan dia tak sekepala, Tak serasi.Then what? Aihh..Ntah la d, Benda dah abeh pun.Aku pun dah tak mau nak ingat apa lagi.Biaq la benda ni berlalu sat, Bukan tak sayang, Pasai sayang la aku dok berkeraih nasihat dia but kot mana pun aku jugak yang salah.Better sibukkan diri dan nak fokus keja buat masa ni.Hati tengah sakit ni..Hadap saja.

Aku Zaidi

A Sinner,A Normal Human Being Created By God With No 'Extraordinary' Super Human Power.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama